BERITA TERKINI   Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | Belanjawan Sabah 2026 catat belanjawan lebihan RM28 juta – Masidi Manjun | Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun bentang Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion | 

OPR Dijangka Kekal, Ringgit Diunjur 4.25 Berbanding Dolar AS Pada Akhir 2024 - Kenanga

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) bagi tempoh 12-15 bulan akan datang susulan tekanan inflasi yang mereda dan prospek ekonomi lebih cerah.

Bagaimanapun, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) berkata peralihan dasar fiskal dan risiko luar seperti ketegangan geopolitik, masih boleh mempengaruhi pendirian bank pusat itu.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, bank pelaburan itu turut menyemak naik unjuran nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada 4.25 daripada 4.42 sebelum ini, disokong oleh perbezaan hasil, pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan pemulihan ekonomi China.

“Seperti dijangkakan, pasaran telah melakukan pelarasan dan menerima hanya dua pengurangan 25 mata peratusan tahun ini oleh Fed susulan data tenaga kerja September yang lebih kukuh daripada unjuran awal.

“Walaupun asas-asas domestik akan terus mendorong peningkatan ringgit, kami kekal berhati-hati terhadap risiko luar, khususnya prospek penurunan ekonomi AS yang mendadak, ketidaktentuan susulan pilihan raya presiden dan ketegangan geopolitik,” katanya.

-- BERNAMA