BERITA TERKINI   Piala Uber: Jepun 1 Malaysia 0: Akane Yamaguchi kalahkan K. Letshanaa 21-19, 21-17 | Piala Thomas: Malaysia 4 Finland 1: Soh Wooi Yik-Tee Kai Wun menewaskan Ananda Galvani Daniswara-Alvar Melleri 21-7, 21-14 | Piala Thomas: Malaysia 0 Finland 1: Leong Jun Hao kalah kepada Joakim Oldorff 17-21, 15-21 | Isu Kerajaan Negeri Sembilan: UMNO pusat akan bertemu ADUN UMNO negeri dalam masa terdekat - Ahmad Zahid | UMNO akan bertemu PM Anwar, bincang isu Kerajaan Negeri Sembilan - Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, Sept 26 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini di tengah-tengah pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan hasil Perbendaharaan AS. 

Kontrak niaga hadapan emas September 2024 meningkat kepada US$2,671.50 setiap auns troy  daripada US$2,658.50 setiap auns troy pada Rabu.

Manakala kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,684.70 setiap auns troy daripada US$2,671.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada 17 lot daripada 35 lot semalam manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 37 kontrak daripada 80 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25 Sept, 2024, harga emas fizikal berada pada US$2,661.45 setiap auns troy.

-- BERNAMA