BERITA TERKINI   Tiga pusat membeli-belah dikenal pasti sebagai hab pengangkutan awam bas ekspres laluan KL–Singapura - Loke | APG 2025: Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin raih emas pertama Malaysia dalam ujian masa berbasikal lebuh raya individu | Dasar Industri Pertahanan Negara tumpu pemantapan ekosistem, rantaian bekalan, daya saing global dan eksport - PM Anwar | APG 2025: Skuad bola keranjang kerusi roda 3x3 lelaki negara raih pingat pertama kontinjen Malaysia, menang pingat gangsa | Dasar Industri Pertahanan Negara langkah strategik bangunkan industri pertahanan tempatan, kurangkan kebergantungan pihak luar - Mohamed Khaled | 

Suruhanjaya Sekuriti Kemas Kini Senarai Peringatan Pelabur

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelaburnya yang mengandungi entiti dan individu terkini yang tidak disahkan terlibat dengan skim pelaburan.

Pengawal selia itu berkata beberapa entiti dalam senarai itu mungkin menyamar sebagai entiti yang sah, yang disifatkan sebagai "klon berpotensi" dan menasihatkan orang ramai supaya tidak berurusan atau melabur melalui mereka.

 “Jika anda melabur melalui entiti dan individu yang tidak disahkan, anda tidak akan dilindungi di bawah undang-undang sekuriti Malaysia. Senarai ini tidak lengkap dan berdasarkan maklumat yang tersedia kepada SC pada masa penerbitan,” katanya.

SC berkata entiti klon berpotensi itu termasuk “DDNK Menang Saham”, yang berkemungkinan mengendalikan skim pelaburan haram dengan menawarkan pulangan tinggi, menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen untuk berurus niaga dalam sekuriti dan salah nyata serta penyalahgunaan nama SC.

Entiti lain termasuk StockPro Sphere untuk skim pelaburan haram, menawarkan pulangan tinggi dan aktiviti pasaran modal tidak berlesen yang berurusan dalam sekuriti.

Layari https://www.sc.com.my/investor-alert-list untuk versi dikemas kini Senarai Makluman Pelabur.

-- BERNAMA