BERITA TERKINI   Piala Malaysia : Terengganu FC 1-1 Kuala Lumpur City FC | 

Ekonomi

Ekonomi Malaysia, Asean+3 Kekal Berdaya Tahan Di Tengah-tengah Perpecahan Global

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3 menunjukkan daya tahan yang lebih kukuh daripada jangkaan di tengah-tengah perpecahan global, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Marzunisham Omar.

Malaysia Raih US$759 Juta Daripada Pelaburan AI, Dorong Pertumbuhan Lebih 60 Syarikat Pemula

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kemunculan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) menjadi pemangkin baharu bagi Malaysia, dengan menarik pembiayaan berjumlah US$759 juta dan menyokong lebih 60 syarikat pemula AI tempatan dari separuh kedua 2024 (2H 2024) hingga separuh pertama 2025.

Pulau Pinang Sasar Penumpang Kapal Persiaran Tumbuh 47 Peratus Pada 2026

GEORGE TOWN, 25 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang sedang menuju ke arah pengembangan yang pesat dalam sektor pelancongan kapal persiaran, dengan jumlah penumpang dijangka meningkat sebanyak 47 peratus pada 2026.

Indeks Pelopor Malaysia Naik 0.8 Peratus Pada September 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Penunjuk ekonomi Malaysia mengukuh pada September 2025, dengan Indeks Pelopor (IP) mencatatkan kenaikan 0.8 peratus kepada 113.3 mata daripada 112.4 mata tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Perniagaan Digesa Percepat Guna AI Menjelang Sasaran 2030

PETALING JAYA, 25 Nov (Bernama) -- Industri digesa mempercepat peralihan mereka kepada model perniagaan berteraskan kecerdasan buatan (AI) berikutan lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal dalam negara memacu ke arah matlamat 2030.

Polymer Link Sasar Kuasai Pasaran Australia Dengan Gudang Baharu

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pengilang serbuk plastik, Polymer Link Holdings Bhd (Polymer Link) merancang untuk membangunkan sebuah gudang baharu di Australia, susulan penampilan sulungnya di Pasaran ACE, bertujuan memacu prestasi serantau kumpulan itu sebaik sahaja ia mula beroperasi.

Tiada Pengecualian Cukai Jualan Ke Atas Barangan Diimport Melalui Portal Luar Negara - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Tiada pengecualian cukai jualan diberikan ke atas barangan yang diimport melalui portal luar negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

PM Anwar Pulang Ke Tanah Air Selepas Lakar Kejayaan Dalam Lawatan Tiga Negara Di Benua Afrika

Daripada M. Saraswathi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berlepas pulang ke tanah air selepas menyempurnakan siri lawatan ke tiga negara di Afrika, membuktikan usaha baharu Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dengan benua itu.

Yinson Sasar Lebih Banyak Peluang Di Afrika

Daripada M. Saraswathi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Yinson Holdings Bhd menyasarkan lebih banyak peluang perniagaan di Afrika selepas beroperasi di benua ini selama lebih tiga dekad, kata Ketua Pegawa Eksekutif Lim Chern Yuan.

Kerajaan Kutip RM73.81 Juta Duti Eksais Minuman Bergula Dari Januari Hingga November 2025 - MoF

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengutip duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) sebanyak RM73.81 juta dari Januari sehingga November 2025, menjadikan jumlah keseluruhan hasil duti eksais ke atas SSB sebanyak RM521.35 juta, menurut Kementerian Kewangan (MoF).

Perniagaan Kenya Akan Terima Layanan Istimewa - PM Anwar

Daripada M. Saraswathi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Perniagaan Kenya akan menerima layanan istimewa dari Malaysia atas dasar persahabatan dan potensi besar yang wujud antara kedua-dua negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Malaysia Tingkatkan Hubungan Dua Hala Dengan Kenya, Hapus Tarif Produk Pertanian

Daripada M.Saraswathi

NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Kenya bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, menandakan peristiwa penting bersejarah dalam hubungan diplomatik yang telah terjalin antara kedua-dua negara sejak 60 tahun.