9bulan lalu
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah mengadakan perbincangan dengan pemimpin Singapura dan rakan sejawatnya dari Indonesia untuk meningkatkan serta memperkukuh kerjasama ekonomi demi manfaat bersama ketiga-tiga negara berjiran itu.
9bulan lalu
JOHOR BAHRU, 26 Jun (Bernama) -- OCBC Group melihat potensi Johor sebagai sebuah hab pelaburan dan perdagangan strategik yang menghubungkan ASEAN dan China, sekali gus bersedia memperluas peranannya dalam menyokong pertumbuhan pelbagai sektor utama di negeri ini.
9bulan lalu
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia yang juga pengeksport semikonduktor keenam terbesar global, berpotensi menjadi pintu masuk Republik Kyrgyz ke rantau ASEAN, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
9bulan lalu
PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula niaga (startup) menjelang akhir tahun ini menerusi platform Startup ASEAN yang baru dilancarkan.
9bulan lalu
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 24 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini mempelawa lebih banyak syarikat dan pelabur Uzbekistan untuk meneroka ke pasaran Malaysia.
9bulan lalu
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
BEIJING, 23 Jun (Bernama) -- Daripada terus menumpukan perhatian kepada pertikaian perdagangannya dengan Amerika Syarikat (AS), China kini mengalih fokus kepada usaha memperkukuh hubungan dengan rakan dagang yang lebih pragmatik, termasuk negara membangun, dalam usaha merancakkan semula perdagangan dan pelaburan.
9bulan lalu
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Filipina menyatakan komitmennya untuk menyokong kepengerusian ASEAN oleh Malaysia ketika ini, dalam persediaannya untuk memimpin blok serantau pada 2026, khususnya dalam memperkukuh kerjasama ekonomi serantau dan memastikan pendirian bersama terhadap isu-isu global.
9bulan lalu
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia mengukuhkan sasarannya untuk menjadi hab aeroangkasa dan pembinaan kapal serantau dengan memanfaatkan pelaburan bernilai tinggi, keupayaan teknikal dan kedudukan geostrategik negara untuk meningkatkan profil perindustriannya bagi dekad akan datang.
9bulan lalu
SEREMBAN, 19 Jun (Bernama) -- AkzoNobel melancarkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbaharunya di Nilai, sekali gus mengukuhkan komitmen jangka panjang syarikat itu terhadap inovasi, kelestarian dan pertumbuhan di rantau Asia Tenggara.
9bulan lalu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd menyasarkan lonjakan ketara dalam jumlah ekspot dan produk bernilai tambah seperti gula cecair dan pracampur daripada MSM Johor tahun ini.
9bulan lalu
ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia tetap tegas menolak pelaksanaan tarif unilateral dan terus mendukung sistem perdagangan multilateral antarabangsa yang berasaskan peraturan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
9bulan lalu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang giat menaik taraf perjanjian perdagangan sedia ada dengan negara-negara anggota ASEAN dan rakan dialog, memperkukuh komitmennya terhadap ekonomi serantau yang lebih bersepadu dan berdaya tahan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.