8bulan lalu
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kedudukan ASEAN sebagai kuasa ekonomi serantau yang berkembang pesat kekal utuh, begitu juga komitmennya untuk meningkatkan integrasi ekonomi termasuk dalam bidang kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
8bulan lalu
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mengekalkan sasaran keuntungan sebelum cukai (PBT) antara RM369 juta dan RM408 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 (tahun kewangan 2025).
8bulan lalu
PETALING JAYA, 29 Julai (Bernama) -- Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia bukan sahaja mengambil langkah berani dalam bidang digital sebaliknya mempamerkan kepimpinan diplomatik yang berkesan dalam keamanan dan kestabilan serantau, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
8bulan lalu
JAKARTA, 29 Julai (Bernama) -- ASEAN perlu menumpu ke arah membina ekonomi dalaman yang lebih bersepadu dan berdaya tahan dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global pada hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan lalu
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Malaysia kini berada di landasan untuk muncul sebagai hab Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di ASEAN menerusi pemeteraian kerjasama antara Corporation dan YTL Power International Bhd.
8bulan lalu
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd diiktiraf sebagai satu daripada 50 Syarikat Senaraian Awam (PLC) terbaik di ASEAN dan antara lima PLC terbaik di Malaysia pada Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN yang diadakan semalam.
8bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- ASEAN perlu melangkah maju bersama dan bertindak mempercepatkan usaha integrasinya bagi mengurangkan pertikaian perdagangan dalam kalangan anggotanya di tengah-tengah ketidakentuan perdagangan global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
8bulan lalu
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Malaysia, menerusi platform seperti Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025 komited untuk memajukan Rangka Kerja ASEAN bagi Rantaian Bekalan Semikonduktor Bersepadu dan mengukuhkan peranan rantau ini dalam memastikan keterjaminan teknologi global.
8bulan lalu
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Rantau ASEAN+3 diunjurkan berkembang sebanyak 3.8 peratus pada 2025 dan 3.6 peratus pada 2026, menurut kemas kini suku tahunan Tinjauan Ekonomi Serantau ASEAN+3 (AREO) oleh Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO).
8bulan lalu
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Ekonomi ASEAN dijangka mengekalkan pertumbuhan lebih empat peratus dalam persekitaran cabaran global, dengan unjuran sebanyak 4.4 peratus pada 2025 dan 4.2 peratus pada 2026, menurut Ketua Ahli Ekonomi Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) Dong He.
8bulan lalu
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.
8bulan lalu
BANGI, 17 Julai (Bernama) -- Brahim's Holdings Bhd sedang membina semula perniagaan katering penerbangan dan mengembangkan kehadirannya dalam segmen makanan halal global, kata Pengerusi Eksekutifnya Datuk Seri Ibrahim Ahmad.