6bulan lalu
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia dan ASEAN meneguhkan komitmen terhadap perdagangan berasaskan peraturan dan multilateral, di samping memperkukuh kerjasama lebih erat dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha memacu kemakmuran sejagat.
6bulan lalu
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Perundingan Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN-Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AEM-USTR) menyatakan sokongan terhadap kerjasama berterusan antara Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan ASEAN, khususnya dalam memperkukuh penglibatan dalam ekonomi digital.
6bulan lalu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 akan diadakan dari 16 hingga 18 Okt 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
6bulan lalu
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Usaha ASEAN dan India untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) mencapai kemajuan ketara selepas sembilan pusingan rundingan dijalankan, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
6bulan lalu
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Mesyuarat Menteri-Menteri Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) ke-4 akan membincangkan cara untuk meningkatkan aliran perdagangan di rantau ini pada hari keempat Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan hari ini.
6bulan lalu
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- “Diplomasi ASEAN” menyerlah malam ini apabila durian dihidangkan kepada kalangan tetamu Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan, dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menawan tunas rasa mereka apabila menyifatkan rasa buah terkenal itu seakan-akan keju biru.
6bulan lalu
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak boleh menjadi pemerhati yang bersifat pasif dalam menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik global, sebaliknya perlu memimpin usaha membina daya tahan dalam kalangan negara anggotanya yang kini menaungi lebih 600 juta penduduk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
6bulan lalu
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) komited untuk terus meningkatkan kerjasama bagi mengukuhkan daya tahan serantau di tengah-tengah peningkatan perlindungan perdagangan, halangan bukan tarif dan rantaian bekalan yang rapuh ketika ini.
6bulan lalu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN sedang membentuk ekosistem perdagangan dan pelaburan yang terbuka, tahan lasak dan bersedia menghadapi masa depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6bulan lalu
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer memuji kepimpinan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
6bulan lalu
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kalangan menteri ekonomi ASEAN mengingatkan peningkatan dasar perlindungan dan langkah perdagangan unilateral boleh menjejaskan sistem perdagangan pelbagai hala serta rantaian bekalan.
6bulan lalu
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak seharusnya bersikap defensif tetapi perlu membuat keputusan berani untuk meliberalisasi peraturan bagi mempercepat integrasi ekonomi serantau, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.