KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Langkah Malaysia memperkukuh ekosistem semikonduktornya telah memasuki peringkat pelaksanaan dengan pelancaran SemiconStart Malaysia, menunjukkan tumpuan kerajaan untuk menterjemahkan perancangan kepada pencapaian yang nyata dalam industri, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata inisiatif ini menandakan permulaan usaha bersepadu untuk menggalakkan inovasi, pengkomersialan dan pembangunan teknologi.
“Pada tahun lepas, banyak perhatian telah diberikan untuk memperkukuh ekosistem semikonduktor Malaysia melalui Strategi Semikonduktor Nasional. Sasaran penting telah diumumkan, sumber telah diperuntukkan dan inisiatif baharu telah diperkenalkan.
“Ini merupakan langkah perlu, tetapi akhirnya, strategi mesti diterjemahkan kepada tindakan,” katanya dalam ucaptama pada majlis pelancaran SemiconStart Malaysia di sini hari ini.
Berita lanjut menyusul.
-- BERNAMA
