Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, didorong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat hari ini berikutan yen rendah dan harga minyak yang tinggi mendorong pembelian dalam kebimbangan mengenai El Niño yang menjejaskan hasil tuaian getah dan permintaan bermusim yang rendah mengekang peningkatan.
“Harga minyak mentah melonjak pada Khamis selepas Tehran mengisytiharkan laluan penting bagi perdagangan tenaga dunia, Selat Hormuz ditutup susulan serangan tambahan yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran.
“Presiden Donald Trump berjanji akan melancarkan lebih banyak serangan jika tiada perjanjian damai dicapai,” katanya kepada Bernama.
Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 1.08 peratus kepada US$92.13 setong.
Bagaimanapun, katanya kenaikan seterusnya dikekang oleh tekanan ke atas permintaan terhadap kenderaan di China dan konflik Asia Barat, menyebabkan peningkatan tekanan inflasi, mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan kadar faedah tinggi untuk tempoh lebih lama.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 10 sen kepada 921 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik lapan sen kepada 776 sen sekilogram.
-- BERNAMA
