DUNIA

PAKISTAN SAMBUT BAIK ‘USAHA LUAR BIASA’ TRUMP CAPAI KEAMANAN DENGAN IRAN - PERDANA MENTERI

24/05/2026 02:23 PM

ISTANBUL, 24 Mei (Bernama-Anadolu) -- Pakistan pada awal Ahad menyambut baik “usaha luar biasa” Presiden Donald Trump dalam mengusahakan keamanan, susulan panggilan telefon dengan pemimpin Arab Saudi, Qatar, Turkiye, Mesir, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Pakistan, lapor Anadolu Ajansi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas usaha luar biasa beliau dalam mengusahakan keamanan dan kerana mengadakan panggilan telefon yang amat berguna serta produktif awal hari ini dengan pemimpin Arab Saudi, Qatar, Turkiye, Mesir, UAE, Jordan dan Pakistan,” kata Perdana Menteri Shehbaz Sharif.

Sharif berkata perbincangan itu menyediakan peluang yang berguna untuk bertukar-tukar pandangan mengenai cara memajukan proses berkenaan dan mencapai keamanan berkekalan di rantau itu.

Beliau turut berkata Pakistan akan meneruskan usaha damainya “dengan penuh keikhlasan” dan berharap negaranya dapat menjadi tuan rumah pusingan rundingan seterusnya tidak lama lagi.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan