AM

MANGSA BANJIR SABAH KEKAL 338 ORANG MALAM INI

21/05/2026 09:22 PM

KOTA KINABALU, 21 Mei (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Beaufort kekal 338 orang daripada 121 keluarga setakat 8 malam ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon yang dibuka pada 3 petang, Selasa.

Kenyataan itu menyebut daripada jumlah dipindahkan itu, sebanyak 183 orang adalah golongan dewasa serta warga emas, manakala 155 lagi ialah kanak-kanak dan bayi.

“Kampung terjejas akibat banjir meningkat kepada 11 kampung pagi ini, berbanding 10 kampung malam tadi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan