SUBANG JAYA, 19 Mei (Bernama) – Hisamitsu Pharmaceutical Malaysia Sdn. Bhd., anak Syarikat milik penuh Hisamitsu Pharmaceutical Co., Int., berbesar hati untuk mengumumkan bahawa produk mereka, Salonpas®️ telah diiktiraf oleh Euromonitor International sebagai jenama No. 1 dunia bagi koyok melegakan kesakitan yang mencatat jualan tertinggi buat kali ke-10 sejak 2016. Sementara Hisamitsu Pharmaceutical pula diiktiraf sebagai syarikat farmaseutikal yang menguasai pegangan pasaran terbesar di dunia dalam kategori yang sama 9 (sembilan) tahun berturut-turut.
Rentetan daripada pencapaian sedekad ini, Hisamitsu Malaysia memacu strategi pertumbuhannya menerusi transformasi digital, perkembangan e-dagang, penglibatan komuniti, dan usahasama strategik yang dibina untuk menghubungkan sebuah generasi pengguna yang mementingkan kesihatan dan celik digital.
18 Mei telah dinobat sebagai Hari Salonpas®️, sebuah sambutan global yang mencerminkan komitmen berterusan jenama ini dalam membantu komuniti bergerak dengan lebih selesa. Tarikh ini membawa makna yang besar di Jepun kerana nombor “5” dikaitkan dengan kori (kekejangan) dan nombor “18” pula iyasu (melegakan) yang digabungkan menjadi frasa “Kori wo Iyasu” iaitu “melegakan kekejangan”.
Sempena ulangtahun ke-92 Salonpas®️ sejak dilancarkan pada tahun 1934, Hisamitsu komited untuk berkembang selari dengan keperluan pengguna menerusi teknologi, e-dagang dan media digital bagi menyokong aspirasi Hisamitsu untuk mencapai pertumbuhan dua digit dalam tahun 2026.
Sebagai sebahagian daripada hala tuju strategik ini, Hisamitsu Malaysia turut mengumumkan usahasama pertamanya bersama PLAYA Racquet Club @ PARC Subang menerusi acara Salonpas®️ Day Pickle & Patch. Kerjasama ini merupakan permulaan bagi inisiatif lebih luas untuk bekerjasama dengan rakan industri sukan dan kesejahteraan di seluruh Malaysia, sekali gus mendekatkan Salonpas®️ dengan komuniti gaya hidup aktif serta mengukuhkan peranannya sebagai teman pemulihan yang boleh dipercayai.
Ditubuhkan pada tahun 1847 di Jepun, dengan ibu pejabat di Tosu, Wilayah Saga dan Tokyo, Hisamitsu Pharmaceutical Co., Inc. merupakan syarikat penjagaan kesihatan global yang mengkhusus dalam teknologi koyok transdermal. Syarikat ini beroperasi di lebih daripada 50 negara dan terkenal dengan jenama dipercayai seperti Salonpas®️ dan ByeBye-FEVER®️.
— BERNAMA
