DUNIA

PASARAN GETAH DITUTUP BERCAMPUR-CAMPUR SUSULAN RINGGIT, MINYAK MENTAH LEBIH TINGGI

04/05/2026 06:33 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Isnin susulan kenaikan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan harga minyak mentah yang lebih tinggi, kata peniaga.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 3.9590/9725 daripada 3.9690/9740 ketika ditutup pada Khamis lepas.

Semasa laporan ini dibuat, harga minyak mentah Brent meningkat 1.04 peratus kepada US$109.41 setong.

“Ringgit yang lebih kukuh memberi tekanan kepada harga getah, manakala harga minyak mentah yang lebih tinggi menyokong pasaran, sekali gus menghasilkan trend yang bercampur-campur.

“Bagaimanapun, kenaikan adalah terhad disebabkan ketidaktentuan berkaitan konflik Asia Barat dan dasar perdagangan AS,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 meningkat tujuh sen kepada 866 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut satu sen kepada 750 sen sekilogram.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan