KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi hambar yang dicatatkan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).
Pada akhir dagangan, April 2026 turun kepada US$4,576.50 setiap auns troy daripada US$4,631.60 ketika ditutup semalam, manakala Mei 2026 susut kepada US$4,600.40 setiap auns troy daripada US$4,655.50.
Jun 2026, Julai 2026 dan Ogos 2026 turut ditutup rendah pada US$4,612.40 setiap auns troy berbanding US$4,668.20 semalam.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 12 lot daripada 19 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 74 kontrak daripada 80 kontrak.
Harga emas fizikal pada US$4,564.90 setiap auns troy semasa penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 28 April, 2026.
-- BERNAMA
