Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencatat aliran menurun minggu depan susulan aktiviti pengambilan untung, kata seorang peniaga.
Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata harga dijangka diniagakan dalam julat RM4,200 hingga RM4,300 satu tan.
Bagaimanapun, permintaan fizikal bagi komoditi itu dijangka datang dari China, Pakistan, India serta beberapa negara di Asia Barat dan Eropah, katanya kepada Bernama.
Bagi asas Jumaat ke Jumaat, kontrak Mei 2026 meningkat RM131 kepada RM4,517 satu tan, Jun 2026 naik RM143 kepada RM4,565 satu tan, manakala Julai 2026 menokok RM147 kepada RM4,597 satu tan.
Kontrak Ogos 2026 menambah RM160 kepada RM4,617 satu tan, September 2026 melonjak RM178 kepada RM4,627 satu tan, dan Oktober 2026 meningkat RM187 kepada RM4,622 satu tan.
Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 481,774 lot berbanding 429,556 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka susut kepada 258,789 kontrak daripada 260,192 kontrak sebelum ini.
Harga fizikal MSM bagi Mei Selatan meningkat RM110 kepada RM4,570 satu tan.
-- BERNAMA
