DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI TINGGI DALAM DAGANGAN AWAL

15/04/2026 10:34 AM

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi pada Rabu. 

Pada 9.30 pagi, kontrak April 2026 naik 6.5 mata kepada 1,693.50, Mei 2026 and Jun 2026 menambah enam mata kepada 1,694.0 dan September 2026 meningkat 9.5 mata kepada 1,677.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,660 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,527 kontrak.

Selepas 49 minit dagangan, FBM KLCI naik 1.87 mata kepada 1,689.99 daripada 1,688.12 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan