DUNIA

NAIB PRESIDEN AS J.D. VANCE KE PAKISTAN UNTUK RUNDINGAN DAMAI IRAN

10/04/2026 09:42 PM

ISTANBUL, 10 April (Bernama-Anadolu) -- Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) J.D. Vance berlepas ke Pakistan pada Jumaat bagi mengetuai rundingan damai dengan Iran, sambil menyatakan harapan agar rundingan itu membuahkan hasil "positif," menurut rakaman video di akaun YouTube DRM News.

Bercakap sebelum berlepas, Vance berkata delegasi AS "menantikan rundingan itu" dan berharap perbincangan itu akan menghasilkan sesuatu yang membina, lapor Anadolu Ajansi.

"Saya berpendapat ia akan menjadi positif," katanya, sambil menekankan bahawa kemajuan bergantung kepada pendekatan yang diambil oleh Iran di meja rundingan.

Jika pihak Iran bersedia untuk berunding dengan niat yang baik dan menghulurkan tangan terbuka,  (bekerjasama), itu satu perkara yang baik," kata Vance.

"Namun, jika mereka cuba mempermainkan kita, mereka akan dapati pasukan perunding kami tidak akan menerimanya," katanya lagi.

Vance turut menyatakan bahawa pendirian AS dipandu oleh arahan jelas daripada Rumah Putih. "Presiden telah memberikan garis panduan yang cukup jelas kepada kami, dan kita akan lihat bagaimana ia berkembang nanti," katanya.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan