DUNIA

KYRGYZSTAN HANTAR 129 TAN BANTUAN KEMANUSIAAN KE IRAN DI TENGAH-TENGAH KONFLIK BERTERUSAN

03/04/2026 11:29 PM

ISTANBUL, 3 April (Bernama-Anadolu) -- Kyrgyzstan menghantar 129 tan bantuan kemanusiaan ke Iran, termasuk 66 tan makanan dan 63 tan ubat-ubatan, di tengah-tengah konflik yang sedang berlaku, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik pengumuman daripada Kementerian Situasi Kecemasan pada Jumaat.

Bantuan termasuk tepung, daging dalam tin, minyak sayuran dan ubat-ubatan penting.

“Bantuan bertujuan untuk membantu penduduk awam yang terjejas,” menurut kementerian itu.

Asia Barat berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran pada 28 Februari, yang meragut nyawa lebih daripada 1,340 orang setakat ini, termasuk Ayatollah Ali Khamenei.

Iran pula bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel, Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS, menyebabkan kematian dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan