ISTANBUL, 3 April (Bernama-Anadolu) -- Pihak berkuasa di Abu Dhabi menggantung operasi di kemudahan gas Habshan selepas serpihan daripada peluru berpandu yang dipintas terkena lokasi itu, menurut pejabat media, lapor Anadolu Ajansi.
Pasukan kecemasan bertindak balas terhadap kebakaran di fasiliti itu, namun tiada kecederaan dilaporkan, menurut Pejabat Media Abu Dhabi di platform media sosial X.
Insiden itu berlaku selepas sistem pertahanan udara berjaya memintas peluru berpandu, yang menyebabkan serpihan jatuh di kawasan kemudahan itu.
Ketegangan serantau meningkat sejak Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Februari, yang meragut nyawa lebih 1,340 orang setakat ini, termasuk Ayatollah Ali Khamenei.
Tehran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset tentera Amerika Syarikat.
-- BERNAMA-ANADOLU
