DUNIA

N​​​​​​IAGA HADAPAN EMAS DITUTUP LEBIH TINGGI

03/04/2026 09:43 PM

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat selepas dolar Amerika Syarikat menyusut menjelang pengumuman data ekonomi yang dijadualkan minggu depan. 

Emas sering bergerak secara bertentangan terhadap dolar AS. 

Pada penutup, kontrak semerta April 2026 meningkat kepada US$4,670.00 setiap auns troy daripada US$4,643.90 setiap auns troy semalam, dan kontrak Mei 2026 mengukuh kepada US$4,689.30 setiap auns troy berbanding US$4,663.20 setiap auns troy sebelumnya.  

Kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 turut ditutup lebih kukuh pada US$4,708.60 setiap auns troy berbanding US$4,682.50 setiap auns troy pada Khamis. 

Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada sembilan lot semalam, manakala kepentingan terbuka naik kepada 58 kontrak daripada 57 kontrak. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,639.35 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 2 April 2026. 

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan