KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat petang ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan dengan jangkaan berlaku kelewatan di beberapa lokasi.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) E1 arah utara, pergerakan perlahan dikesan dari Jawi ke Bandar Cassia, Permatang Pauh ke Bertam, Sungai Petani Selatan ke Gurun, Alor Setar Utara ke Plaza Tol Hutan Kampung serta Jitra Selatan ke Plaza Tol Jitra.
Bagi arah selatan pula, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Kepala Batas ke Plaza Tol Hutan Kampung, Pendang ke Gurun, Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Sungai Dua ke Perai, Juru ke Bukit Tambun, Sungai Perak ke Terowong Meru, Tapah ke Slim River serta Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buloh.
"Di PLUS E2 arah utara, trafik perlahan di beberapa sektor antaranya Pasir Gudang ke Kempas, Senai ke Sedenak, Yong Peng ke Pagoh, Pedas Linggi ke Seremban, serta dari Putra Mahkota ke Kajang dan laluan menghala ke pusat bandar selepas Plaza Tol Sungai Besi.
“Bagi PLUS E2 arah selatan, trafik perlahan di Plaza Tol Sungai Besi ke Bangi, Nilai ke R&R Seremban, Port Dickson ke Hentian Senawang, Tangkak ke Bukit Gambir, Simpang Renggam ke Kulai dan Kempas ke Pasir Gudang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebagai langkah proaktif bagi memaksimumkan kelancaran trafik, sebanyak 34 lorong pintar (Smart Lane) telah diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini bagi memudahkan perjalanan pengguna.
Sementara itu, trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) E8 menghala ke barat dilaporkan perlahan dari Bentong ke Lentang serta Bukit Tinggi ke Terowong Genting Sempah.
Situasi di Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) E6 pula menyaksikan pergerakan perlahan dari Bandar Serenia ke KLIA, Putrajaya ke Bandar Saujana Putra, USJ ke Shah Alam serta arah selatan dari Shah Alam ke Bandar Gamuda Cove.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 yang beroperasi 24 jam dan platform X @plustrafik dan @llmtrafik.
-- BERNAMA
