DUNIA

CHINA ALU-ALUKAN PERUSAHAAN AS MANFAATKAN PELUANG PEMBANGUNAN

23/03/2026 04:52 PM

BEIJING, 23 Mac (Bernama-CMG) -- China mengalu-alukan perusahaan Amerika Syarikat (AS) memanfaatkan peluang daripada pembangunan negara Tembok Besar dan memperluas kerjasama saling untung antara satu sama lain.

Perkara itu dinyatakan Naib Perdana Menteri China He Lifeng semasa bertemu delegasi Majlis Perniagaan AS-China (USCBC) di Beijing pada Ahad.

He berkata hubungan China-AS merupakan hubungan dua hala paling penting di dunia.

Beliau berkata USCBC diharap terus memainkan peranan sebagai jambatan bagi menggalakkan pertukaran muhibah serta perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan yang stabil dan sihat antara kedua-dua negara.

Beliau juga menyuarakan harapan supaya perusahaan AS dapat memanfaatkan sepenuhnya potensi pasaran China serta menyuntik lebih banyak kestabilan dan tenaga positif kepada hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS.

Dalam pertemuan itu, Pengerusi Lembaga USCBC Rajesh Subramaniam dan Presiden USCBC Sean Stein masing-masing menyatakan bahawa komuniti perniagaan AS optimis terhadap prospek pembangunan ekonomi China.

Mereka turut menzahirkan kesediaan untuk terus meneroka pasaran China dan memperkukuh kerjasama ekonomi serta perdagangan antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA-CMG

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan