Oleh Shakir Husain
NEW DELHI, 19 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri India Narendra Modi menekankan keperluan untuk meredakan ketegangan di Asia Barat dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.
Pemimpin India itu menyampaikan salam kepada Anwar sempena sambutan Aidilfitri dan membincangkan situasi di Asia Barat yang dicetuskan oleh perang Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran.
"Bercakap dengan rakan saya, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dari Malaysia, dan menyampaikan salam hangat kepada beliau serta rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang," kata Modi dalam laman X beliau.
"Kami juga membincangkan situasi yang amat membimbangkan di Asia Barat dan mengesahkan semula komitmen bersama kami untuk mengendurkan ketegangan serta pemulihan awal keamanan dan kestabilan melalui dialog serta diplomasi," katanya.
-- BERNAMA
