AM

UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILFITRI PADA SABTU

19/03/2026 08:34 PM

KUALA LUMPUR 19 Mac (Bernama) -- Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu, 21 Mac, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad malam ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu, 21 Mac," katanya.

Pengumuman tarikh Aidilfitri itu disiarkan menerusi televisyen dan radio tempatan.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan