AM

ERATV SANTUNI BERNAMA BINCANG BANTU PENGAMAL MEDIA MELALUI TABUNG KASIH@HAWANA

11/03/2026 04:39 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 - Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin menerima kunjungan dari Pertubuhan ERATV yang dianggotai bekas pekerja Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) di Wisma Bernama semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan Datin Paduka Nur-ul Afida membincangkan mengenai Tabung Kasih@HAWANA untuk membantu dan meringankan beban pengamal media (termasuk veteran dan bekas kakitangan) yang terkesan akibat sakit, bencana atau kesukaran ekonomi.
-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan