DUNIA

PUTIN UCAP TAHNIAH KEPADA MOJTABA KHAMENEI

09/03/2026 09:00 PM

MOSCOW, 9 Mac (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Presiden Rusia Vladimir Putin pada Isnin mengucapkan tahniah kepada Mojtaba Khamenei atas pemilihannya sebagai Pemimpin Tertinggi Iran, lapor Sputnik/RIA Novosti. 

“Kepada Tuan Yang Terutama Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran Ayatollah Seyyed Mojtaba Hosseini Khamenei...sila terima ucapan tahniah saya yang ikhlas atas pemilihan anda sebagai Pemimpin Tertinggi Republik Islam Iran,” kata Putin dalam kenyataan, seperti yang dipetik oleh Kremlin.

Iran menentang pencerobohan bersenjata dan tindakan seperti itu memerlukan keberanian serta dedikasi yang tinggi, kata presiden, sambil mendoakan kejayaan pemimpin tertinggi baharu itu dalam menyempurnakan tugas dan perjuangan yang sukar. 

“Saya yakin anda akan meneruskan tugas bapa anda dengan adil dan menyatukan rakyat Iran dalam menghadapi ujian yang getir,” menurut kenyataan itu.

Putin turut menegaskan sokongan berterusan Rusia terhadap Tehran dan solidariti dengan Iran, sambil menambah bahawa Rusia telah dan akan terus menjadi rakan kongsi Iran yang boleh dipercayai.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan