Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR,5 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah konflik antara Amerika Syarikat-Iran yang terus menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga.
“Korea Selatan memberi amaran bahawa konflik itu boleh mengganggu bekalan bahan utama pembuatan semikonduktor berikutan kos tenaga yang lebih tinggi, dan beberapa bahan utama tidak boleh diperoleh dari Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, beliau berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah.
“Harga minyak melonjak lebih daripada tiga peratus pada Khamis, meneruskan kenaikan apabila konflik yang semakin meningkat mencetuskan kebimbangan mengenai gangguan berpanjangan terhadap bekalan minyak dan gas yang penting dari Timur Tengah,” katanya.
Ketika ini, harga minyak mentah Brent melonjak 2.58 peratus kepada US$83.50 setong.
Pada pukul 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 susut empat sen kepada 784 sen sekilogram, manakala lateks pukal menokok lima sen kepada 642.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
