ISTANBUL, 22 Feb (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Sabtu meningkatkan kempen tarif baharunya dengan berikrar untuk menaikkan tarif global 10 peratus yang diumumkan sebelum ini kepada 15 peratus, walaupun selepas Mahkamah Agung memutuskan tindakan kenaikan tarif beliau sebelum ini adalah tidak sah, lapor Anadolu Ajansi.
“Berdasarkan semakan yang menyeluruh, terperinci dan lengkap terhadap keputusan mengenai tarif yang tidak munasabah, ditulis dengan buruk dan luar biasa anti-Amerika yang dikeluarkan semalam ... oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat,” tarif global itu akan dinaikkan kepada 15 peratus “berkuat kuasa serta-merta,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.
Pengumuman itu dibuat susulan kenyataannya pada Jumaat yang mengkritik keputusan mahkamah yang disifatkannya sebagai “amat mengecewakan” kerana membatalkan tarif “kecemasan” yang dilaksanakannya di seluruh dunia.
-- BERNAMA-ANADOLU
