KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar dan terkawal setakat 9.40 malam ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik lancar di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trafik bagaimanapun bergerak perlahan namun terkawal di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1 dari Bukit Beruntung ke Rawang berikutan pertambahan jumlah kenderaan manakala di PLUS E2, aliran trafik perlahan dari Simpang Renggam ke Senai berikutan sebuah bas rosak di Kilometer 22.0 yang menyebabkan lorong kanan terhalang.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 selama 24 jam dan laman X @plustrafik serta @llmtrafik.
-- BERNAMA
