AM

WANITA TERSELAMAT POKOK TUMBANG HEMPAP KERETA

17/02/2026 07:38 PM

IPOH, 17 Feb (Bernama) -- Seorang wanita berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok di Lebuhraya Ipoh-Lumut berhampiran kawasan kuari menghala ke Batu Gajah, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.03 petang.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih yang tiba di lokasi kejadian pada 4.10 petang mendapati sebatang pokok hutan telah tumbang lalu menghempap bahagian hadapan kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita berusia 41 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa berjaya keluar dari kenderaan tersebut dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada 5 petang setelah keadaan disahkan selamat. 

-- BERNAMA 

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan