AM

IMPERIAL LEXIS KL UNDANG TETAMU “MENJAMU SELERA DI DAPUR IMPERIAL” RAMADAN INI

11/02/2026 11:07 AM

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Imperial Lexis Kuala Lumpur mengundang tetamu untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan ini dalam suasana Malaysia sebenar menerusi "Menjamu Selera di Dapur Imperial", bufet makan malam yang dianjurkan di Roselle Coffee House dari 25 Feb hingga 12 Mac ini.

Bufet yang ditawarkan dari 6.30 petang hingga 10 malam itu menampilkan 100 hidangan melalui menu yang ditukar setiap hari, menggabungkan sentuhan sofistikated dengan hidangan tradisional kegemaran, sajian serantau dan pilihan antarabangsa untuk memastikan pengalaman yang menarik dan segar setiap malam.

Lexis Hotel Group dalam kenyataan memaklumkan bahawa bufet itu mengetengahkan hidangan warisan Malaysia istimewa seperti Sup Gear Box, Daging Rendang Tok, Kambing Kuzi, Udang Harimau Sambal, Ikan Tilapia Asam Pedas, Pucuk Paku Goreng Cili, Sate Kajang Ayam & Daging dengan Nasi Himpit, dan Bubur Lambuk yang dihidangkan dengan pelengkap klasik – setiap satunya mencerminkan keunikan dan kekayaan tradisi kulinari tempatan.

"Melengkapkan hidangan kegemaran ini ialah pilihan Seafood on Ice yang menawarkan baby lobster, udang harimau, kekapis, dan ketam bunga, bersama dengan kaunter Sashimi dan Sushi yang segar, menampilkan salmon, tuna, gulungan maki dan nigiri.

"Tetamu juga boleh menikmati pelbagai pembuka selera dan kerabu, daripada Gado-Gado dan Rojak Buah kepada Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Daging serta aneka acar dan sambal," menurut kenyataan itu.

Pengalaman ini ditambah lagi dengan berbagai-bagai sajian antarabangsa termasuk Kambing Panggang dengan Ratatouille, Beef Goulash, Tiram Bakar Berkeju, Salmon dengan Salsa Nanas dan Mangga, serta makanan kegeraman Itali, Barat dan Asia di pelbagai stesen masakan langsung.

Tarikan lain seperti gril arang, bar tempura, kaunter roti canai dan murtabak, pilihan dim sum, sajian barbeku gaya Kantonis, dan stesen khas Beriani Kambing Panggang.

Bufet diakhiri dengan sajian pencuci mulut termasuk pelbagai kuih Nyonya, kek keju, ciptaan coklat artisan, air batu campur (ABC), pancuran coklat, aiskrim premium dan aneka hidangan buah tropika segar.

Bufet yang menawarkan harga RM238 bagi dewasa, RM168 untuk warga emas (60 tahun dan ke atas) serta RM128 bagi kanak-kanak (tujuh hingga 12 tahun) itu, direka khas untuk melalui detik bersama-sama keluarga, rakan dan teman sekerja.

Bersempena dengan musim perayaan ini, Imperial Lexis Kuala Lumpur menawarkan penjimatan eksklusif termasuk diskaun sebanyak 20 peratus dengan tempahan minimum ialah empat dewasa, tertakluk kepada pemegang kad kredit terpilih.

Untuk tempahan atau pertanyaan, e-mel kepada eat@imperiallexiskl.com atau WhatsApp  +6010 784 0176. Maklumat lanjut, sila layari https://www.imperiallexiskl.com/offers/menjamu-selera-di-dapur-imperial, dan ikuti laman Istagram, Facebook dan TikTok hotel berkenaan.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan