KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.
Pada 10.20 pagi, kontrak Februari naik 14.0 mata kepada 1,751.50, Mac 2026 menambah 14.5 mata kepada 1,730.0, Jun 2026 meningkat 18.5 mata kepada 1,737.0 dan September 2026 menokok 5.50 mata kepada 1,724.0.
Jumlah dagangan sebanyak 3,772 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,948 kontrak.
Pada 10.41 pagi, indeks FBM KLCI naik 4.27 mata kepada 1,745.15 selepas dibuka tinggi 15.21 mata kepada 1,756.09 daripada 1,740.88 pada Jumaat lepas.
-- BERNAMA
