KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan kenaikan di pasaran tunai pendasar.
Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2026 meningkat sembilan mata kepada 1,740.0, Februari 2026 menokok 3.5 mata kepada 1,737.5, Mac 2026 naik 1.5 mata kepada 1,715.5, dan Jun 2026 menambah setengah mata kepada 1,718.5.
Jumlah dagangan menyusut kepada 16,508 lot daripada 21,888 pada Khamis, manakala kepentingan terbuka turun kepada 53,250 kontrak daripada 60,076 sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 9.99 mata, atau 0.58 peratus, kepada 1,740.88 daripada paras penutup 1,730.89 pada Khamis.
-- BERNAMA
