DUNIA

INDIGO AIRLINE BATAL PENERBANGAN KE EMPAT NEGARA SUSULAN "PERKEMBANGAN" DI IRAN

26/01/2026 01:50 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 26 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan India, IndiGo, membatalkan penerbangan ke empat negara akibat “perkembangan” berkaitan Iran.

“Kami sentiasa memantau perkembangan di rantau sekitar Iran dan secara proaktif menyemak operasi penerbangan, dengan keselamatan sebagai keutamaan tertinggi kami,” menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan di X pada Ahad.

Ia membatalkan perkhidmatan yang dijadualkan ke Tbilisi, Almaty, Tashkent dan Baku sehingga 28 Jan.

Laporan menyebut Amerika Syarikat (AS) mengerahkan kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln serta aset tentera udara dan laut lain ke Timur Tengah, meningkatkan secara signifikan penumpuan ketenteraan di rantau itu.

Sebagai amaran kepada AS, Iran pada Ahad menayangkan papan iklan gergasi di pusat bandar Tehran, memaparkan imej kapal pengangkut pesawat dengan pesawat pejuang AS meletup di dek penerbangannya, menurut laporan Agensi Berita Associated Press.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan