AM

CUACA PANAS, KURANG HUJAN DI SEMENANJUNG BERTERUSAN HINGGA 31 JAN – METMALAYSIA

25/01/2026 03:41 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara, sehingga 31 Jan ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata penumpuan angin pula dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula pada 29 hingga 31 Jan ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan