PUTRAJAYA, 23 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan Artificial Intelligence Fact-checking Assistant (AIFA) pada platform WhatsApp akan mengalami gangguan sementara berikutan kerja penyelenggaraan sistem yang dijadualkan, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Dalam satu kenyataan MCMC memaklumkan, gangguan perkhidmatan itu dijangka pada 23 Jan 2026 (Jumaat) dari 8 hingga 10 pagi, sebelum operasi kembali berjalan seperti biasa.
“Sepanjang tempoh itu, orang awam masih boleh mendapatkan maklumat sahih dan melakukan semakan fakta melalui portal Sebenarnya.my, yang beroperasi tanpa gangguan,” menurut MCMC.
MCMC memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan menghargai kefahaman orang ramai.
-- BERNAMA
