NIBONG TEBAL, 20 Jan (Bernama) -- Mayat seorang lelaki tanpa dokumen pengenalan diri ditemukan terapung dalam sungai berhampiran jambatan Jalan Titi Timbul, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata bomba menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada 9.28 pagi daripada pihak polis.
“Sebanyak lima anggota bomba termasuk penyelia dari Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat itu dari sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi tamat pada 10.42 pagi.
-- BERNAMA
