SUKAN

AARON-WOOI YIK TEMPAH SLOT SUKU AKHIR TERBUKA INDIA

15/01/2026 09:00 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mengesahkan tempat ke pusingan suku akhir Terbuka India 2026 selepas menyingkirkan pasangan Jepun Takumi Nomura-Yuichi Shimogami pada perlawanan pusingan kedua di New Delhi, hari ini.

Pilihan kedua kejohanan itu hanya memerlukan 33 minit untuk menewaskan pasangan ranking ke-35 dunia berkenaan 21-9, 23-21 pada aksi berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Pada pusingan suku akhir, Aaron-Wooi Yik dijadual bertemu pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan yang menewaskan satu lagi wakil negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani 21-14, 17-21, 21-14.

Dalam pada itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan gandingan Perancis, Margot Lambert-Camille Pognante 21-7, 23-21.

Menanti pilihan kedua kejohanan itu ialah wakil Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu yang juga merupakan pilihan kelapan.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan