EKONOMI

ANAK SYARIKAT TANCO TERLIBAT DALAM PROJEK PELABUHAN KONTENA PINTAR AI DI PORT DICKSON

02/12/2025 05:39 PM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Tanco Holdings Bhd, melalui anak syarikatnya Midports Holdings Sdn Bhd (MHSB) dan MBINS Ventures Sdn Bhd (MVSB) menerima perjanjian induk (HoA) untuk membangunkan pelabuhan kontena pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) di Port Dickson, Negeri Sembilan.

HoA itu ditandatangani dengan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) (MBINS) untuk membangunkan pelabuhan itu di sebidang tanah tenggelam seluas 72.84 hektar.

Tanco dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata HoA itu membolehkan Tanco dan anak-anak syarikatnya membangunkan dan mengendalikan projek itu bersama MBINS, sekali gus memperkenalkan pelabuhan kontena pintar berasaskan AI ke Negeri Sembilan.

Projek itu dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan di samping meningkatkan aktiviti perniagaan dan sumber pendapatan kumpulan.

Tempoh perjanjian induk itu adalah selama 98 tahun, bermula sebaik sahaja hak milik tanah dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri yang berkaitan dan dipindahkan kepada MVSB.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan