AM

PERLIS DIJANGKA DAPAT PELABUR BAHARU BAGI PROJEK TENAGA HIJAU

12/11/2025 08:57 PM

KANGAR, 12 Nov (Bernama) -- Perlis dijangka memperoleh pelabur baharu bagi projek tenaga hijau berasaskan teknologi nuklear apabila sebuah syarikat dari China menyatakan minat untuk meneroka potensi pelaburan dalam bidang tersebut.

Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata pihak syarikat berkenaan menyatakan demikian selepas pertemuan dengan wakil kerajaan negeri bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) semasa lawatan kerja ke China baru-baru ini.

Beliau berkata lawatan itu memberikan gambaran positif terhadap kemampuan teknologi yang ditawarkan dan kerajaan negeri berharap rundingan lanjut dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Insya-Allah mereka (pihak syarikat) akan datang ke Perlis selepas ini untuk membentangkan cadangan pelaburan mereka.

“Kita melihat teknologi yang mereka bawa itu sangat berpotensi untuk dibangunkan di Perlis, khususnya di Chuping Valley Industrial Area (CVIA),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan