AM

BANJIR DI KEDAH PULIH, PPS DITUTUP

08/11/2025 04:05 PM

ALOR SETAR, 8 Nov (Bernama) -- Banjir di Kedah pulih sepenuhnya selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kuala Muda semalam, ditutup sepenuhnya pada 3 petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan PPS Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah itu dibuka tengah hari semalam untuk menempatkan mangsa banjir berikutan air naik secara mendadak selepas hujan tanpa henti selama beberapa jam di kampung itu.

Sebanyak 17 orang daripada enam keluarga berlindung di PPS berkenaan sebelum kesemuanya pulang ke rumah masing-masing petang ini.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan