KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tidak berubah hari ini, walaupun adanya momentum positif yang dilihat di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
Kontrak bulan semerta Oktober 2025 tidak berubah pada US$4,005.80 setiap auns troy, manakala kontrak November 2025 berada pada US$4,022, Disember 2025 pada US$4,039.30 dan Januari 2026 pada US $4,056.30.
Sementara itu, kontrak Februari, April dan Jun 2026 kesemuanya kekal pada US$ 4,072.20 setiap auns troy.
Jumlah dagangan jatuh kepada 212 lot berbanding 274 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 300 kontrak daripada 392.
Emas fizikal berharga US$3,994.15 setiap auns troy, berdasarkan penetapan tengah hari 30 Okt 2025 London Bullion Market Association.
-- BERNAMA
