SUKAN

WEI CHONG-KAI WUN MARA KE PUSINGAN KEDUA TERBUKA HYLO 2025

29/10/2025 12:41 AM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Gandingan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun menepati ramalan apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Hylo 2025 selepas menewaskan rakan senegara Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi dalam aksi pembukaan yang sengit di Saarbrucken, Jerman, malam ini.

Beregu nombor lima dunia itu mempamer ketahanan mental dan ketenangan permainan untuk mencatat kemenangan 21-16, 19-21, 21-16 dalam pertarungan selama 53 minit.

Kejayaan mereka hadir ketika satu lagi pasangan negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi tersingkir selepas tewas 16-21, 17-21 kepada beregu Indonesia Leo Rolly Carnando-Bagas Maulana.

Wei Chong-Kai Wun dijadual bertemu Leo Rolly-Bagas Maulana pada pusingan kedua.

Sementara itu, dua beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dijangka turun ke gelanggang pada awal pagi esok.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan