DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP TINGGI

15/10/2025 06:59 PM

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2025 menambah 2.0 mata kepada 1,614.5, November 2025 dan Mac 2026, masing-masing naik 1.5 mata kepada 1,614.0 dan 1,593.0 serta Disember 2025 meningkat 2.5 mata kepada 1,612.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 6,611 lot daripada 8,540 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 45,950 kontrak daripada 49,604 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 0.09 mata atau 0.01 peratus kepada 1,611.55 daripada 1,611.46 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan