GENEVA, 14 Okt (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan US$70 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Selasa yang memetik Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Jaco Cilliers.
UNDP tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa bagi kerja-kerja pembinaan semula itu kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima, namun Cilliers berkata proses tersebut boleh mengambil masa "berdekad-dekad".
Menurut anggaran UNDP, sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan, tambahnya.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI