AM

ZAHID RAFAK SEMBAH TAHNIAH ULANG TAHUN KEPUTERAAN SULTAN KELANTAN

29/09/2025 04:42 PM

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) --  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi baginda yang ke-56, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid mendoakan agar Sultan Muhammad V dilindungi Allah SWT di dunia dan di akhirat.

“Patik dengan penuh takzim menjunjung kasih serta mendoakan agar pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa diberkati Allah SWT, berada dalam lindungan Ilahi, dikurniakan kesejahteraan berpanjangan serta dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. Daulat Tuanku,” katanya.

-- BERNAMA

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan