Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut sedikit daripada kenaikan terdahulu tetapi masih ditutup tinggi untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu, disokong oleh pembelian kaunter terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta sektor telekomunikasi dan media.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sebanyak 1.82 mata kepada 1,578.52 daripada 1,576.70 ketika ditutup semalam.
Indeks dibuka 1.47 mata lebih rendah pada 1,575.23 dan bergerak antara 1,573.95 dan 1,582.34 sepanjang hari.
Dalam pasaran yang meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 604 berbanding 409 manakala 532 kaunter tidak berubah, 1,013 kaunter tidak diniagakan dan tujuh kaunter lagi digantung.
Jumlah dagangan merosot kepada 2.70 bilion unit bernilai RM2.80 bilion daripada 2.90 bilion unit bernilai RM2.79 bilion pada Selasa.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan kekal dalam mod penyatuan walaupun terdapat kenaikan ringkas hari ini.
“Kami berpendapat penembusan jelas melepasi paras 1,585 dengan jumlah dagangan yang baik akan membuka jalan ke arah 1,600 dan seterusnya.
"Buat masa ini, kami menjangkakan FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,575 hingga 1,590 menjelang hujung minggu,” katanya kepada Bernama.
Pemain pasaran akan menumpukan perhatian kepada data Kaji Selidik Tawaran Kerja dan Jumlah Tenaga Kerja (JOLTS) Amerika Syarikat bagi Julai yang akan dikeluarkan hari ini serta mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, PPB Group naik 36 sen kepada RM9.40 dan Maxis melonjak lapan sen kepada RM3.61.
Maybank merosot lapan sen kepada RM9.98 manakala Public Bank turun empat sen kepada RM4.26.
Dalam kalangan saham paling cergas, Tanco Holdings meningkat 9.5 sen kepada 80 sen, Sime Darby berkembang empat sen kepada RM2.06 manakala TWL merosot setengah sen kepada 2.5 sen.
NexG turun dua sen kepada 47 sen dan TWL Holdings turut susut setengah sen kepada 2.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas bertambah 37.22 mata kepada 11,726.53, Indeks FBMT 100 meningkat 31.32 mata kepada 11,495.52 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok sebanyak 78.33 mata kepada 11,707.62.
Indeks FBM Mid 70 melonjak 124.88 mata kepada 16,489.40 manakala Indeks FBM ACE meningkat 76.97 mata kepada 4,754.09.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.13 mata kepada 163.49, Indeks Tenaga bertambah 11.02 mata kepada 749.92 dan Indeks Perladangan menokok 20.41 mata kepada 7,605.89 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 74.85 mata kepada 18,071.96.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.60 bilion unit bernilai RM2.54 bilion daripada 1.56 bilion unit bernilai RM2.54 bilion pada Selasa.
Jumlah dagangan waran meleset kepada 744.83 juta unit bernilai RM117.03 juta daripada 976.94 juta unit bernilai RM134.03 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 354.82 juta unit bernilai RM145.97 juta daripada 359.72 juta unit bernilai RM119.32 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna mencatatkan 257.73 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (225.94 juta), pembinaan (117.96 juta), teknologi (193.60 juta), perkhidmatan kewangan (98.70 juta), hartanah (196.08 juta), perladangan (22.18 juta), REITs (22.90 juta), dana tertutup/fund (131,900), tenaga (223.91 juta), penjagaan kesihatan (107.84 juta), telekomunikasi dan media (46.47 juta), pengangkutan dan logistik (27.88 juta), utiliti (55.40 juta) serta amanah perniagaan (367,700).
-- BERNAMA