AM

PEMBANGUNAN NEGARA HARUS DIPERKAYA DENGAN NILAI, BUKAN HANYA PENCAPAIAN FIZIKAL - ANWAR

10/07/2025 05:28 PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Pembangunan negara tidak boleh berlandaskan pencapaian fizikal atau projek mega semata-mata sebaliknya harus turut diperkaya dengan nilai, identiti serta elemen budaya yang mencerminkan citra Malaysia yang unik dan berakar dalam sejarah serta jiwa rakyatnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi catatan di Facebook berkata perkara itu antara yang dibincangkan semasa kunjungan hormat Ahli Majlis Kebudayaan Negara (MAKEN) ke pejabatnya di Putrajaya hari ini.

MAKEN merupakan sebuah badan bebas di bawah seliaan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan dalam hal ehwal seni, budaya dan warisan negara.

"Dalam pertemuan ini, perbincangan turut menyentuh usaha memperluas kefahaman masyarakat terhadap konsep budaya yang tidak seharusnya dilihat secara sempit seperti sekadar muzik atau pakaian tradisional.

"...tetapi sebagai satu sistem nilai yang merangkumi cara hidup, pemikiran dan warisan bangsa," kata Perdana Menteri.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan