DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DIBUKA TINGGI

10/07/2025 10:42 AM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini.

Pada 9.19 pagi, kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025, masing-masing meningkat 2.5 mata kepada 1,526.50 dan 1,524.0, September 2025 naik 3.5 mata kepada 1,506.50 manakala Disember 2025 kekal tidak berubah pada 1,502.0.

Jumlah dagangan sebanyak 956 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,326 kontrak.

Kadar asas FBM KLCI naik 0.05 mata kepada 1,529.29 selepas 40 minit dagangan daripada 1,529.24 pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan