AM

PERHILITAN TERENGGANU BERJAYA TANGKAP BERUANG MATAHARI

09/07/2025 08:48 PM

Sementara itu, seorang penduduk Md Fauzi Abdullah, 42, berkata dia membuat laporan kepada Perhilitan kira-kira 10 pagi semalam selepas melihat kelibat beruang terbabit di belakang rumahnya.

Katanya, kehadiran beruang itu mencetuskan kebimbangan memandangkan dia mempunyai anak-anak yang masih kecil.

"Pada awal pagi Isnin saya terdengar bunyi bising berhampiran pokok jering di belakang rumah. Selepas diperiksa saya mendapati seekor beruang sedang duduk di atas pokok.

"Keesokannya saya terus membuat laporan dan petugas Perhilitan datang memasang perangkap kira-kira 4 petang semalam. Alhamdulillah, lega rasanya apabila beruang itu berjaya ditangkap," katanya.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan